Perbahasan mandi wajib wanita yang bertocang tebal

Merujuk kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam muslim


عن أم سلمة قالت : قلت يا رسول الله
إني امرأة أشد ضفر رأسي أفأنقضه لغسل الجنابة ؟ فقال ؟ ؟ : إنما يكفيك من ذلك أن تحثي عليه بكفيك ثلاث حثيات من ماء ثم تفيضي عليك من الماء فتطهرين أو فإذا أنت قد طهرت

Ummu Salamah bertanya RasululLah s.a.w: Wahai RasululLah! Saya memiliki sanggul yang kuat (pintalannya), apakah saya perlu merongkaikannya untuk mandi junub?. Jawab baginda: “Tidak, hanya memadai engkau memupuk ke atas kepalamu tiga kali pupukan air, kemudian engkau menyiramnya maka engkau telah bersuci”.

Begitulah indahnya islam dengan konsep taisir dan keringanan yang ditunjukkan dalam banyak urusan dalam hidup kita, agar memperlihatkan kepada umatnya bahawa Islam itu mudah dan lebih banyak memberi harapan dan ruang kepada umat untuk berasa aman dalam mempraktikkan isi kandungan Islam itu sendiri.

Sebahagian ulama mengkhususkan keringanan ini untuk kaum wanita dan memerintahkan kaum lelaki agar merungkaikan rambutnya. Tetapi pendapat ini tidak ada dalilnya, tambahan pula wanita itu adalah saudara bagi lelaki dan asal pada penerapan hukum itu adalah sama meliputi lelaki dan wanita. Maka natijahnya hadis ini juga diterapkan dalam praktikal oleh kaum lelaki yang berambut tebal atau bertocang (kalau aderla)

0 ulasan:

Ads 125x125