Perbahasan Tentang Perlaksanaan Hudud

Ana meminati nasyid dendangan hadad alwi yang berjudul Ya Thoybah gelaran bagi Madinah. menyebut nama hadad, teringat tentang hukum hudud. Kaitan antara kedua-dua item ni memang tiada cuma mungkin ada sedikit persamaan dari sudut lafaz hadad dan hudud.

Dalam ilmu balaghah, hal ini dikenali sebagai Jinas Ghairu Taam (
جناس غير تام) iaitu jinas yang tidak sempurna kerana terdapat perbezaan pada mana-mana daripada empat hal yang berkenaan dengan lafaz iaitu jenis huruf, jumlahnya, bentuknya dan urutannya. Maknanya ada sedikit perbezaan di antara lafaz حداد (hadad alwi tadi) dengan lafaz حدود (hukum hudud) iaitu perbezaan dari segi bentuk lafaz dan jenis huruf. Tambahan pula ibarat yang mengandungi jinas akan dinilai baik jika lafaznya saling membantu pada maknanya. Sedangkan topik saya kali ni tidak memperlihatkan langsung perkaitan antara Hadad Alwi dengan hukum hudud. lainlah kalau Hadad Alwi itu seorang qadhi yang melaksanakan hukum hudud. Sekadar seloka.:)

Kita beralih pula pada perbahasan tentang hudud pulak. Baru-baru ini, seorang teman bertanya tentang hudud. Adakah perlaksanaan hudud hanya melibatkan bahagian belakang badan sahaja? Tak boleh ker kalau kita nak jalankan hukuman dengan menyebat di kaki, muka, punggung atau pada anggota badan yang lain? Fuqahak berselisih berkenaan tempat yang dipukul ketika perlaksanaan hudud.

Imam malik menyebut bahawa seseorang tidak disebat ketika dilaksanakan ke atasnya hudud melainkan di bahagian belakang sahaja. Demikian juga dengan ta'zir.

Sementara Imam Syafie' dan ashabnya mengatakan bahawa seluruh anggota boleh dipukul kecuali wajah dan muka. diriwayatkan daripada 'Ali bahawa Ibnu 'Umar mengisyaratkan supaya dipukul kedua-dua belah kaki seorang hamba yang berzina.

Ibnu 'Atiyah menyebut dalam tafsirnya المحرر الوجيز bahawa telah ijmak bahawa kawasan muka dan aurat tidak boleh dijadikan sasaran perlaksanaan sebatan atau pukulan hudud. Namun mereka berselisih dalam hukum memukul kepala. Maka jumhur mengatakan bahawa bahagian kepala tidak boleh dipukul.

Sementara Abu Yusuf salah seorang teman rapat Imam Abu Hanifah mengatakan kepala boleh dipukul kerana diriwayatkan dari 'Umar dan anaknya (Ibnu 'Umar), mereka berkata kepala boleh dipukul. 'umar sendiri pernah memukul di bahagian kepala dalam satu perlaksanaan ta'zir.
Merujuk kepada hujah Imam Malik adalah berdasarkan sebuah hadis :

البينة و إلا حد في ظهرك
"bawalah keterangan atau bukti, sekiranya tiada maka hudud dilaksanakan di belakangmu."

Hadis ini di takhrijkan oleh Bukhori dan Tirmizi dalam kitab (fasal) tafsir surah an Nur, sementara Abu Daud dan Ibnu Majah mentakhrijkannya dalam kitab (fasal) talak.

0 ulasan:

Ads 125x125