Ujian.....

Sesungguhnya kita ni terlalu lemah untuk memikul ujian dari Allah. Kalau bukan kerana qudrat yang dikurniakanNya, masakan kita berjaya melalui jalan ujian tersebut. Tapi, suatu benda yang menggembirakan yang perlu kita ketahui ialah, apabila Allah memilih hambanya, maka Dia akan memberikan ujian bagi melayakkan diri untuk menjadi orang yang benar-benar beriman dan sebagai hambanya yang sejati.

Ini suatu topik yang sukar. Sukar sebab masalah dari kita sendiri yang tak pernah bersedia untuk menerima kedatangan Tuhan lalu membiarkan diri kita disapa ujian. Lantas bila ujian itu datang, maka berapa ramai yang tewas di kalangan mereka yang tidak pernah merasakan kewujudanNya sebagai yang berhak menjadi fokus ubudiyyah, dan tidak kurang juga yang memahami dan berjaya mengharungi ujian tersebut bagi mereka yang memang hidup untuk Allah.

Renungilah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Majah daripada Sa'ad bin Abi Waqas :

أشد الناس بلاء الأنبياء ثم الأمثل فالأمثل

Maksudnya, "yang paling banyak ujian di kalangan manusia ialah para nabi, kemudian yang seumpamanya dan yang seterusnya."

Hadis ini sanadnya hasan. Justeru semakin tinggi darjat seorang hamba itu, maka ujian yang menimpa akan bersesuaianya dengan kedudukannya. Maka bukankah semakin banyak ujian yang Allah kurniakan ke atas kita menunjukkan semakin cerah peluang kita untuk menghampiriNya dan sebagai tanda kita akan mengunjungi sebuah lautan ma'rifah.

0 ulasan:

Ads 125x125